Kursus
My Training Teacher menawarkan beberapa latihan kursus untuk anda yang ingin menyertainya.


Perakaunan

Latihan Profesional Pegawai Akaun 

Jika anda berminat dengan kerjaya dalam Perakaunan, kursus ini amat sesuai untuk anda walaupun anda belum pernah bekerja dalam bidang ini. Keutamaan kami adalah seperti:

  1. Latihan Perakaunan di Triendo Solutions telah dipermudah, dipercepat agar lebih efisyen dan efektif

  2. Fokus latihan adalah untuk mengembangkan teras perakaunan asas pengurusan dan kecekapan. Kompetensi meliputi asas pengetahuan perakaunan, implementasi pembukuan (rekod) dan maklumat akaun secara efisyen bagi penyediaan data-data lengkap untuk Full Set Accounts

  3. Latihan Pegawai Akaun (3 hari-tempoh kredit 12 jam): latihan praktikal ini lebih menjurus tugasan seorang Pegawai Akaun seperti cara-cara menyediakan Management Accounts untuk tujuan audit, penyediaan data dan rekod, pengiraan susut nilai aset dan sebagainya

  4. Latihan Lengkap Perakaunan (4 bulan-tempoh kredit 64 jam) masih dalam pembangunan: latihan ini bersesuaian untuk mereka yang baru menceburi bidang perakaunan dan belum mempunyai asas perakaunan. Pelajar akan mempelajari asas perakaunan sehinggalah ke tahap penyediaan akaun lengkap dari prespektif dunia pekerjaan sebenar.

 

Kami juga menyediakan Modul Pembelajaran kepada anda seperti:

1. Data Entry Untuk Perakaunan
Anda akan mempelajari kaedah-kaedah bagaimana data-data perakaunan direkod dan diedit ke dalam komputer.

2. Asas Perakaunan (Manual)
Anda didedahkan kepada pengetahuan asas dalam perakaunan yang berkaitan dengan ‘Dokumen Sumber’ seperti Cash Voucher, Payment Voucher, Invoice, Reconciliation dan banyak lagi.

3. Penggunaan Excel Dalam Perakaunan
Excel merupakan aplikasi komputer yang paling asas dan masih popular dalam perakaunan. Walaupun banyak Software Perakaunan baru diperkenalkan. Asas perakaunan itu sendiri berkait rapat dengan penggunaan excel. Oleh itu, dalam modul ini, anda akan diketengahkan kepada penggunaan excel dalam kerja-kerja perakaunan.

4. Asas Pengurusan Kewangan
Pengetahuan mengurus kewangan syarikat membantu anda dalam membuat keputusan pengeluaran kredit demi memastikan kedudukan kewangan syarikat terpelihara, mengelak daripada berlakunya cek tendang, kekurangan dana, kelalaian mengutip bayaran dan sebagainya.

5. Pengenalan kepada “Full Set Accounts”
Anda akan mempelajari asas pembikinan “Full Set Accounts” secara menyeluruh untuk membolehkan anda mengendalikan kerja-kerja Full Set Accounts di tempat kerja anda.

Sumber Manusia (HR)

Latihan Profesional Pegawai Sumber Manusia (HR)

  1. Latihan Sumber Manusia di Triendo Solutions telah dipermudah, dipercepat agar lebih efisyen dan efektif

  2. Fokus latihan adalah untuk mengembangkan teras sumber manusia asas pengurusan dan kecekapan. Kompetensi meliputi asas pengurusan kakitangan dan perjawatan, penggajian, pengurusan rekod serta hal-hal yang melibatkan pekerja dengan kerajaan secara efisyen.

  3. Latihan Pegawai Sumber (3 hari-tempoh kredit 12 jam): latihan praktikal ini lebih menjurus tugasan seorang Pegawai Sumber Manusia seperti cara-cara penyediaan gaji, pengiraan kerja lebih masa, pengurusan cuti tahunan, pengurusan caruman KWSP dan sebagainya

  4. Latihan Lengkap Sumber Manusia (4 bulan-tempoh kredit 64 jam)masih dalam pembangunan: latihan ini bersesuaian untuk mereka yang baru menceburi bidang sumber manusia dan belum mempunyai asas dalam bidang ini. Pelajar akan mempelajari asas tugasan pegawai sumber manusia sehinggalah ke tahap spectrum penuh tugasan dalam sumber manusia dari prespektif dunia pekerjaan sebenar

Modul Pembelajaran

1. Pengenalan Kepada Pengurusan Sumber Manusia
Anda didedahkan dengan pengetahuan asas tugasan spesifik seorang kakitangan Sumber Manusia. Bermula daripada seorang pekerja diambil, pengurusan orientasi, pemfailan data-data pekerja, penyediaan gaji, pengurusan KWSP, PERKESO dan percukaian sehinggalah maklumat-maklumat yang perlu anda ketahui daripada segi perundangan buruh, penyelesaian masalah dan perundangan industri. Latihan praktikal akan diberi untuk memastikan anda tahu mengendalikan dokumen-dokumen yang melibatkan hal-ehwal sumber manusia.

2. Pengurusan Kakitangan & Perjawatan
Anda akan didedahkan dengan pengurusan kakitangan dan perjawatan mengikut perundangan dan Akta Buruh agar setiap keputusan dan langkah yang diambil dalam urusan kakitangan dan perjawatan menetapi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Pengurusan Kakitangan dan Perjawatan termasuklah pengurusan cuti pekerja (cuti tahunan, cuti sakit, cuti kahwin dan lain-lain), Medical Expenses dan sebagainya.

3. Pengurusan Dokumen & Rekod
Pengurusan dokumen, rekod dan pemfailan bermula daripada proses temuduga, perlantikan pekerja, orientasi, penilaian prestasi, sehinggalah kepada pengesahan jawatan, kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan pengurusan gaji.

4. Pengurusan Gaji
Mengetahui kiraan gaji (gaji penuh dan gaji mengikut hari), kerja lebih masa (overtimes), elaun serta potongan (untuk KWSP, PERKESO dan PCB) yang betul adalah penting. Anda akan didedahkan dengan semua formula kiraan yang perlu.

5. Pengurusan KWSP & PERKESO
Anda juga akan didedahkan dengan kaedah pengurusan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Kemajuan Sosial (PERKESO) untuk pekerja dan juga majikan. Turut diajar ialah cara-cara mendaftarkan pekerja untuk mendapatkan keahlian serta tuntutan sekiranya berlaku kemalangan dalam waktu bekerja.

6. Pengurusan Percukaian & Potongan Cukai Berjadual (PCB)
Anda akan mempelajari kaedah mengendalikan cukai korporat bagi pihak syarikat (Corporate Tax) dan potongan cukai pendapatan untuk kakitangan. Antara lain, anda juga akan mempelajari cara menyediakan Penyata Gaji Tahunan Pekerja (EA Form).

7. Surat-Surat Yang Berkaitan Dengan Hal Ehwal Sumber Manusia
Anda akan dilatih dalam penulisan surat-surat yang berkaitan dengan urusan sumber manusia, surat perlantikan, pengesahan jawatan, surat amaran, surat tunjuk sebab, surat pemecatan dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Undang-undang Buruh Malaysia.

 

Yuran Pengajian

Latihan Professional (RM280)

• Latihan Praktikal selama 12 jam(2 hari sesi 6 jam sehari / 3 hari sesi 4 jam sehari)
• Sijil Penyertaan
• Penyedian Resume mengikut pengalaman kerja anda
• Manual Gerak Kerja Pegawai Akaun / HR dari jawatan pengkeranian, pembantu sehingga ke tahap esekutif dengan pesembahan langkah demi
  langkah bermula hari pertama anda bekerja
dalam bentuk lisan

• Resume akan dihantar kepada 8000 majikan yang berada dalam job portal kami

Latihan Professional + Buku Kerja (RM530)

• Latihan praktikal selama 12 jam (2 hari sesi 6 jam sehari / 3 hari sesi 4 jam sehari)
• Sijil Penyertaan
• Penyedian Resume mengikut pengalaman kerja anda dengan job  description yang lebih komprehensif
• Resume akan dihantar kepada 8000 majikan yang berada dalam jobportal kami
• 
Manual Gerak Kerja Pegawai Akaun / HR dari jawatan pengkeranian, pembantu sehingga ke tahap esekutif dengan pesembahan langkah demi
  langkah bermula hari pertama anda bekerja dalam bentuk bertulis
• Soft Copy Format Kerja tempat kerja (Excel Format-Full Set of Accounts / Prosedur HR Lengkap)
• Latihan percuma selama 3 hingga 5 hari dalam masa sebulan jika anda masih tidak faham

 

My Training Teacher

My Training Teacher merupakan laluan kursus untuk menyiapkan diri sepenuhnya bagi menceburi bidang kerjaya profesional. Kami menawarkan beberapa kursus lengkap dan latihan korporat bagi memenuhi kehendak majikan pada masa ini. Tenaga pengajar yang profesional meningkatkan lagi mutu kursus ini.

Bookmark and Share
TriENDO Solutions (M)017-3780194 / (O)03-23867800 mytrainingteacher@gmail.com